Run With Your Heart
Taman Botani Pulau
Pinang, Georgetown - Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus telah
berlangsung dengan meriah pada 18 April 2015. Program ini telah dijalankan pada
hari Sabtu di Taman Botani. Tujuan program diadakan pada hari minggu ialah bagi
memupuk kerjasama antara ibubapa dan guru dalam pembangunan jasmani
kanak-kanak. Ia selaras dengan matlamat SK Convent Pulau Tikus yang komited
dalam menjalinkan hubungan harmoni dengan komuniti. Sememangnya, pembangunan
aspek jasmani merupakan salah satu aspek yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Program tersebut yang merupakan salah satu daripada
aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua murid Tahun 3 hingga 6. Semua guru SKCPT dan dibantu oleh 4 orang guru pelatih dari IPG Kampus Pulau Pinang hadir untuk memberi sumbangan tenaga.
Sesi taklimat ringkas telah
disampaikan oleh Pn Surina selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum kepada para
peserta untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja guru dan
ibubapa yang bertugas di setiap checkpoint mengambil
tempat, para peserta dilepaskan mengikut kategori, bermula dengan murid-murid
Tahun 3 dan 4, diikuti oleh murid-murid Tahun 5 dan 6. Bagi mengelakkan
kesukaran dalam pemantauan peserta, setiap kategori dilepaskan satu persatu
sehingga tamat larian peserta terakhir sesuatu kategori itu. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh
Guru Besar SK Convent Pulau Tikus, Pn Norul Huda binti Mohammad Yunus dan Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Zabidi.
Majlis berakhir
dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Semua peserta yang berjaya
mendapat tempat pertama hingga ke-10 dalam kategori masing-masing telah
menerima pingat kejohanan beserta hamper yang berisi makanan.SK Convent Pulau
Tikus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
menjayakan Kejohanan Merentas Desa SK Convent Pulau Tikus 2015. Pada akhir program, guru-guru, para
ibubapa yang hadir dan murid-murid bekerjasama membersihkan kawasan sekeliling
supaya kawasan ini kelihatan bersih seperti mana pada awalnya.
No comments:
Post a Comment